Tuesday, November 30, 2010

PAS tak rela kerajaan ditadbir bukan Islam

Pemimpin parti tidak gadai prinsip perjuangan

KUALA LUMPUR: PAS tidak akan menggadai prinsip perjuangannya iaitu untuk menegakkan sebuah kerajaan Islam dengan membiarkan negara ditadbir oleh bukan Islam yang tidak mengamalkan sistem pemerintahan Islam.
Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasruddin Hassan, berkata perjuangan PAS adalah untuk membentuk sebuah kerajaan Islam dan bukannya untuk menukar kerajaan supaya dipimpin oleh bukan Islam.
“Kita mahu sistem pentadbiran diislahkan (diperbaharui) dan saya yakin akan meminimumkan segala apa yang berlaku (rasuah dan salah guna kuasa) itu sewajarnya.

“Kita tidak mahu duduk di bawah sistem perjuangan bukan Islam, walaupun pemerintahan itu tidak mengamalkan rasuah. Kita boleh menerima kerajaan itu sama ada kerajaan Melayu ataupun Cina sekiranya Islam,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kelmarin, ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional PKR ketujuh, Anwar yang kini berdepan dengan tuduhan liwat berkata, beliau lebih rela hidup di bawah pemerintahan bukan Islam berbanding pemerintah orang Islam yang penuh rasuah serta salah laku.

Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan asas kepada sebuah kepemimpinan ataupun keadilan adalah kemampuan manusia hidup aman di bawah satu pemerintahan.
“Persoalannya, apakah kezaliman yang berlaku di negara ini tidak ada ruang langsung untuk manusia berfikir dan bercakap. Juga apakah ada jaminan (pemerintah) bukan Islam boleh berlaku adil.

“Saya setuju pemerintah hendaklah tegakkan keadilan untuk rakyat, untuk Islam keadilan hendaklah berasaskan Islam, jadi kita memerlukan pemimpin Muslim yang adil berbanding bukan Islam,” katanya.

Ketua Umum Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Osman Abu Bakar mendesak Anwar supaya meninggalkan negara ini sekiranya beliau tidak boleh menghormati Perlembagaan dan Raja Melayu sehingga sanggup berkompromi dengan bukan Islam.

“Jika tidak ada kesetiaan terhadap Raja Melayu dan Perlembagaan Negara tinggalkan saja Malaysia, cari negara lain. Biar orang Melayu memimpin negara untuk semua kaum seperti sebelum kemerdekaan dulu,” katanya.

Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia, Zainul Rijal Abu Bakar, berkata jika negara dipimpin bukan Islam apakah mereka akan mempertahankan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.

resource;www.berita harian.com.my

Beta sedih

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor dukacita orang Melayu sanggup gadai Melayu

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam melahirkan rasa sedih dan dukacita terhadap orang Melayu yang tidak lagi megah dan bangga sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan ‘Melayu’ untuk dikuburkan serta lenyap dari dunia.
Baginda juga sedih kerana ada segelintir individu yang berhijrah ke negeri itu, terutama orang Melayu, sanggup mempersoalkan peranan institusi Raja Melayu serta kedudukan dan hak keistimewaan bangsa Melayu.
Sultan Selangor bertitah, golongan itu turut mempersoalkan kerelevanan institusi Raja Melayu serta peranannya dalam sistem pemerintahan negara ketika ini.

“Matlamat mereka supaya sistem Raja Berperlembagaan ini disemak dan dikaji semula atas alasan negara sudah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang ini sudah tidak bersesuaian, amat tidak bertepatan,” titah baginda pada Wacana Raja Berperlembagaan-Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan di sini, semalam.

Sultan Sharafuddin bertitah, ada juga suara lantang di kalangan orang Melayu sendiri yang meminta perkataan ‘Melayu’ dihapuskan daripada ungkapan ‘Raja-Raja Melayu’.

Baginda percaya perbuatan itu dilakukan untuk kepentingan diri atau politik mereka.
“Sejarah ditulis oleh orang Inggeris ada menyatakan mengenai ‘Tanah Melayu’, ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan ‘Raja Melayu’, sekali gus membuktikan penulis Barat ketika itu mengiktiraf adanya Melayu yang memulakan sejarah negara ini.

“Beta berasa sedih dengan generasi sekarang yang malu mengaku diri mereka seorang Melayu,” titah baginda.

Sultan Selangor menegaskan bukan tujuan baginda untuk menyalakan api perkauman, tetapi ingin menyatakan bahawa rakyat Selangor mesti berbangga dengan negeri ini membabitkan kaum Cina, India dan Melayu serta kaum lain.

Baginda bertitah, keamanan di Selangor dibanggakan dunia luar kerana negeri itu mempunyai tamadun yang maju dengan kepesatan ekonomi terbina atas keharmonian ketiga-tiga kaum.

Sultan Sharafuddin juga mahu rakyat Selangor memahami sejarah negeri itu supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

“Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu saja kerana negeri ini adalah tanah tempat tumpah darah kita, dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan,” titah baginda.

Baginda bertitah, sejarah yang tercatat sejak beratus-ratus tahun lalu menunjukkan bahawa Raja-Raja Melayu sudah membuka serta membangunkan negeri di Tanah Melayu sehingga menjadi sebuah negara maju, selain menempa peristiwa membanggakan sehingga mampu bersaing dengan negara lain di dunia.

“Oleh itu, dengan mengetahui sejarah, kita dapat menilai betapa susah payahnya kita berjuang untuk mencapai keamanan yang kita peroleh sekarang,” titah baginda yang sukacita dengan langkah kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah.

Baginda percaya mewajibkan mata pelajaran Sejarah akan membuka minda dan kefahaman pengetahuan berhubung perkara penting yang berlaku dalam sejarah tanah air bagi mengelak timbul syak wasangka dan persoalan mencurigakan hingga wujud salah faham sesama rakyat.

resource;www.berita harian.com.my

500,000 murid Tahun Satu sesi 2011 diajar pendidikan seks

Datu Dr Julaihi Bujang
Datu Dr Julaihi Bujang
PUTRAJAYA: Kira-kira 500,000 murid Tahun Satu sesi persekolahan 2011 bakal menjadi kumpulan pertama diajar pendidikan seks yang diperkenalkan menerusi Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), mulai Januari depan.

Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran, Datu Dr Julaihi Bujang, berkata pendedahan pendidikan seks itu akan diajar menerusi subjek Pendidikan Kesihatan, di bawah Modul Teras Asas bagi Tahap Satu membabitkan murid Tahun Satu hingga Tiga.
“Pengetahuan mengenai pendidikan seks itu mewakili 75 peratus daripada keseluruhan pengisian kurikulum baru subjek berkenaan,” katanya.
Julaihi berkata, enam tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Julaihi berkata, keputusan menjadikan pendidikan seks sebagai pengisian utama subjek Pendidikan Kesihatan diambil selepas mengambil kira maklum balas dan pandangan pelbagai pihak termasuk Persatuan Aids Malaysia menerusi perbincangan meja bulat yang diadakan bagi memastikan kurikulum yang dibentuk memenuhi keperluan semasa pendidikan negara.
Beliau berkata, guru yang terbabit dengan pengajaran subjek berkenaan sudah diberi kursus, manakala bahan pengajaran turut disediakan bagi memudahkan murid mengikutinya, tahun depan.

“Kita amat berharap ibu bapa tidak bimbang dengan perkembangan terbaru ini, malah kita sendiri akui apa saja perkara baru membabitkan dasar atau kurikulum pasti ada yang sukar menerima dan memahaminya.

“Apapun, kita yakin jika pelaksanaannya (pendidikan seks) dapat dijalankan dengan baik dan lancar, masyarakat khususnya ibu bapa pasti memberi sokongan dan kerjasama terhadap pembaharuan ini,” katanya.

Julaihi menjelaskan, selain Pendidikan Kesihatan, subjek lain di bawah Modul Teras Asas murid Tahap Satu termasuk subjek Pendidikan Jasmani, Bahasa Malaysia (BM), Bahasa Inggeris (BI), Bahasa Cina (BC), Bahasa Tamil (BT), Matematik serta Pendidikan Islam/Moral.

Di bawah Modul Teras Tema pula, katanya, dua subjek baru turut diperkenalkan kepada murid Tahun Satu iaitu Dunia Kesenian serta Dunia Sains dan Teknologi, masing-masing mendedahkan kemahiran berkaitan seni visual dan muzik serta Teknologi Komunikasi dan Maklumat.

Katanya, murid Sekolah Kebangsaan juga diberi peluang memilih subjek tambahan di bawah Modul Elektif yang menyediakan subjek Bahasa Arab, BC Sekolah Kebangsaan, BT Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun.

“Bagi kurikulum Tahap Dua pula membabitkan murid Tahun Empat, Lima dan Enam, kurikulum diorganisasikan dalam bentuk subjek teras dan elektif dan dilaksanakan mulai 2014.

“Antara subjek baru yang bakal diperkenalkan adalah Reka Bentuk dan Teknologi Maklumat/ICT dan Sejarah, manakala subjek sedia ada seperti BM, BI, BC, BT, Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani, Matematik, Sains dan Pendidikan Islam/Moral,” katanya.

“Pelaksanaan KSSR adalah usaha kita untuk mentransformasikan pendidikan sekolah dengan menyatupadukan pelbagai disiplin ilmu bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih menarik, menyeronokkan dan bermakna.

“Enam tunjang menjadi teras pelaksanaan KSSR mencakupi komunikasi, perkembangan fizikal dan estetika, kemanusiaan, keterampilan diri, sains dan teknologi serta kerohanian, sikap dan nilai,” katanya.

Mengenai penyediaan guru, beliau menjelaskan, Kementerian Pelajaran sudah melatih lebih 2,000 Jurulatih Utama (JU) setiap mata pelajaran di peringkat kebangsaan yang bertanggungjawab melatih guru di negeri masing-masing.

“JU bertanggungjawab mendedahkan pendekatan P&P yang terbaik dan sesuai diterjemahkan guru di dalam kelas seperti dihasratkan dalam KSSR,” katanya   




 resource;www.berita harian.com.my

Monday, November 29, 2010

Perihal ‘kuasa ketiga’, ‘kumpulan berempat’

Presiden PKR anggap Anwar ‘anugerah Tuhan’ melampau

SEPERTI dijangka, Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketujuh, yang sebelum ini menarik perhatian umum ekoran kontroversi pada pemilihan barisan kepemimpinannya, berakhir semalam dengan gambaran bahawa parti itu masih terus relevan dan mampu untuk mencapai matlamatnya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
 
Dicemari dengan dakwaan berlaku manipulasi dan penyelewengan yang menyaksikan seorang calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim keluar parti serta bantahan dan tunjuk perasaan daripada sebahagian ahli, barisan kepemimpinan baru PKR yang dipilih, diumum dan disahkan secara rasmi oleh kongres itu semalam.
Walaupun ramai pemimpin mengaku wujud kepincangan pada pemilihan pertama itu, termasuk kekecewaan mereka terhadap tindakan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa menyebelahi pemenang jawatan Timbalan Presiden, Mohd Azmin Ali, pucuk pimpinan parti percaya ahli mampu bersatu semula selepas ini.

Malah, Presidennya yang menang tanpa bertanding, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bukan setakat mempertahankan Anwar, tetapi menyifatkannya sebagai ‘insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan kepada kita semua untuk menjadi pemimpin rakyat’. “Jika beliau insan biasa seperti kita, (Anwar) sudah lama mengundur dan tenggelam di celah segala cabaran dan gelora yang berlaku,” kata Dr Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasarnya kelmarin.

Kita tidak tahu kenapa Presiden PKR itu perlu mengeluarkan kenyataan sedemikian, yang dianggap oleh musuh politiknya sebagai agak keterlaluan. Mungkinkah ia kerana buat pertama kali sejak PKR ditubuhkan, corak kepemimpinan Anwar dikritik dan dipersoal secara terbuka oleh sebilangan pemimpin dan ahli parti itu, terutama selepas kontroversi pada pemilihan parti sejak sebulan lalu. Malah, pada hari terakhir kongres itu semalam, seorang perwakilan menimbulkan kesangsian mengenai agenda ‘pembersihan’ dalam PKR dan mengaitkannya dengan kewujudan ‘kumpulan berempat’ yang boleh merosakkan parti itu.

Ahmad Nizam Hamid dari Pahang ketika mengambil bahagian dalam perbahasan berkata, slogan pembersihan yang dilaung-laungkan oleh pemimpin hanyalah bersandarkan emosi ‘cengeng’ dan bukan berdasarkan hujah intelektual. “Jika ada gang of four (kumpulan berempat) dalam parti, parti akan longgar sendi,” katanya tanpa menjelaskan siapa sebenar kumpulan itu, tetapi turut menyuarakan kebimbangannya terhadap fenomena ‘pemimpin dewa’ dalam PKR.
“Pemimpin yang berasakan dirinya dewa, tiada tempat dalam parti. Parti dibina atas konsep merdeka,” katanya. Sama ada perkembangan seperti ini menandakan demokrasi subur dalam PKR seperti yang digambarkan oleh pemimpinnya atau memang benar corak kepemimpinan Anwar mula dipersoalkan daripada kalangan parti sendiri, adalah sesuatu yang menarik perhatian.

Turut menarik perhatian ialah amaran bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin mengenai kemungkinan wujud ‘Third Force’ atau kuasa ketiga dalam pakatan pembangkang, yang mungkin menyulitkan gabungan berkenaan untuk menang besar pada pilihan raya umum akan datang.

Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya, ketika menyampaikan ucapan perasmian Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan Jumaat lalu, berkata kumpulan kuasa ketiga itu tidak boleh dipandang ringan dan perlu ditangani dengan bijaksana. Katanya, kewujudan satu lagi alternatif politik boleh memberi nafas kepada UMNO-Barisan Nasional dan menyulitkan pakatan PKR-DAP-PAS.

Walaupun tidak menyatakan secara jelas siapa di belakang kuasa ketiga itu, ia dipercayai merujuk kepada Zaid serta beberapa pemimpin yang keluar daripada PKR kerana kecewa dengan pelbagai kepincangan dalam parti. Zaid minggu lalu mengumumkan akan menubuhkan parti baru pada Januari depan, manakala beberapa bekas ahli Parlimen PKR seperti Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Zulkifli Nordin dan Wee Choo Keong tidak lama dulu menubuhkan Konsesus Bebas. Parti baru Zahid nanti dan Konsensus Bebas itu memberi pilihan kepada bekas ahli atau penyokong PKR yang semakin ramai keluar parti sejak akhir-akhir ini.

Berakhirnya kongres nasional ketujuh PKR dengan barisan baru kepemimpinannya, menimbulkan persoalan baru – bolehkah mereka menangani kekecewaan sebahagian ahli terhadap proses pemilihan kontroversi itu, sekali gus menyatukan semula ahli?

Kegagalan mereka berbuat demikian memungkinkan lebih ramai ahli dan penyokong PKR meninggalkan parti itu, sama ada menyertai parti baru Zaid, Konsesus Bebas atau menjadi ahli BN secara terus seperti ditawarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kelmarin
RESOURCE;WWW.BERITA HARIAN.COM.MY

Minda Pengarang: Pemimpin tertinggi PKR sanggup gadai maruah bangsa demi survival parti

KRISIS dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) akibat ahli hilang keyakinan terhadap kepemimpinan tertinggi kini berada pada tahap kronik. Proses pemilihan parti dalam tempoh dua bulan ini menjadikan PKR kucar-kacir.

Ini susulan tidak puas hati ahli dan pemimpin pada semua peringkat terhadap kepemimpinan dan sikap yang memihak serta tidak telus. Akibat krisis yang kian meruncing, ramai pemimpin dan ahli PKR meninggalkan parti, manakala sesetengahnya membawa hala tuju sendiri. Jika tidak menyertai UMNO atau parti lain, mereka menjadi ‘ahli politik bebas’. Lihatlah gelagat mereka ketika Kongres Nasional Tahunan Ketujuh PKR di Petaling Jaya, kelmarin. Di luar dewan, berlaku demonstrasi yang terang-terang untuk menunjukkan rasa jijik mereka kepada pimpinan parti. Bagi mereka, PKR sudah tidak berupaya lagi mengawal keadaan dan kemarahan ahlinya. Mereka mengkritik kepemimpinan parti khasnya Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan saja dengan kata-kata, tetapi juga pelbagai sepanduk dengan kata-kata kesat dan sinis terhadapnya. Sikap memihak dalam pemilihan parti menyebabkan beliau dipersoalkan. Ahli PKR mempersoalkan prinsip demokrasi jenis apakah yang disokong pemimpin PKR selama ini? Mereka juga jijik melihat pergaduhan sesama pemimpin parti dan menuduh sesama sendiri. Mereka yang tidak mendapat sokongan Anwar akhirnya terpaksa mengalah dan bertindak keluar parti.
Pimpinan parti kian bercelaru apabila Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula mahu konsep ketuanan Melayu dihapuskan. Beginilah sikap pemimpin yang tidak tahu erti maruah bangsa. Hanya kerana mahukan sokongan bukan Melayu, beliau sanggup menyatakan sesuatu yang menyentuh perasaan orang Melayu. Bagi orang Melayu, ini adalah cadangan paling malang kerana ia datangnya daripada orang Melayu sendiri.

UMNO sejak dulu, tidak pernah berubah daripada asas dan landasan perjuangan membela serta mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya Wan Azizah sewenang-wenangnya mahu menggadai kepentingan bangsanya sendiri untuk mencapai impian politik suaminya.

Dengan lakonan dan kepura-puraan kononnya PKR mahu mempertahan bangsa Melayu, bahasa Melayu, hak istimewa Melayu serta Raja dan institusi Raja Melayu, dalam ucapan dasar Wan Azizah, tanpa berselindung mahu ketuanan Melayu dihapuskan. Mungkin inilah taktik terbaru PKR untuk mempertahankan sokongan bukan Melayu selepas keyakinan ahli dan penyokong Melayu kini sudah luntur. Kenyataan ini pasti menggembirakan DAP yang menjulang konsep Malaysian Malaysia. PAS juga dilihat kian menjarakkan diri daripada PKR yang dilihat memberi bebanan politik dan turut memberi tempias kepada parti itu.

Wan Azizah dalam ucapan dasarnya juga bagai hilang pedoman apabila menyifatkan suaminya ‘insan hebat dianugerahkan’ Tuhan kepada mereka. Pastinya, ucapan dasar Wan Azizah adalah atas nasihat dan dalam pengetahuan Anwar. Ini satu lagi tahap permainan politik yang ‘sangat ultra’. PAS dan DAP juga wajar sedar bahawa bahtera PKR yang ‘dikemudi’ Anwar hampir karam. Jadi, apakah kedua-dua parti itu akan membantu menyelamatkannya? Dari sudut lain, Anwar mahu mencetuskan polemik untuk memesongkan fokus umum yang kini bertumpu kepada konflik dalaman PKR. Ternyata, PKR sentiasa mencipta isu dan polemik untuk dijadikan bahan escapisme.

RESOURCE;WWW.BERITA HARIAN.COM.MY
The GiftThe Gift

Thursday, November 25, 2010

Salam sejahtera,

Jutawanklik adalah sebuah Payperclick Affiliate Program dimana selepas mendaftar anda akan memiliki link Jutawanklik anda sendiri.Contoh link tersebut adalah link saya ini: http://jutawanklik.com/#ayie89

Program ini adalah dikendalikan oleh Syarikat Schemata Multimedia (PG0202546D) berdaftar di Suruhanjaya Syarikat Malaysia.Sila rujuk website http://jutawanklik.com/#ayie89 bagi melihat pengesahan lesen pendaftaran.

Segala aktiviti menjana pendapatan adalah sah dari segi undang-undang dan juga hukum syara'.Pihak syarikat mendapat keuntungan dari hasil pengiklanan dan juga keahlian lalu memberikan pendapatan kepada ahli Rm0.10sen satu klik dan juga bonus Rm10.00 bagi setiap referral.Program ini adalah sebuah Payperclick Affiliate Program dan tiada terlibat sama sekali dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti Mlm piramid,Pelaburan haram,Kutu rakyat,Pembersihan wang haram dan sebagainya.

Tanpa memerlukan sebarang pengalaman atau pengetahuan IT, semua golongan tanpa had umur,bangsa atau agama boleh menyertai tanpa sebarang prejudis.

Tugas kita adalah hanya perlu mengiklankan link Jutawanklik sendiri diruangan pengiklanan yang disediakan.Kita juga juga boleh iklankan link anda tersebut di facebook,my space,tagged,yahoo mesengger,msn messenger dan lain-lain ruangan pengiklanan berbayar ataupun percuma.Panduan lengkap mengiklan ada disediakan didalam akaun anda selepas login secara percuma.Kita boleh mendapatkannya di Start-getting started selepas login.Tutorial didalam bentuk video juga ada disediakan dan ianya amat mudah kerana tugas anda hanya perlu mengiklankan link jutawanklik anda.

Setiap klik yang kita perolehi dari hasil pengiklanan,kita akan menerima Rm0.10sen dan setiap referral anda menerima bonus Rm10.00 secara tunai. 1klik adalah bagi setiap ip dan semua klik dan ip dari seluruh dunia adalah diterima.Pembayaran pendapatan anda adalah dilakukan terus ke akaun peribadi anda secara wiretransfer setiap hari setiap kali pendapatan anda mencecah minimum pembayaran Rm100.00.Semua bank adalah diterima.

Pihak Jutawanklik tidak menerima hasil klik dari pengiklanan berunsur lucah,autohits,autosurf,traffic purchase,traffic exchange dan juga spamming atau mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang serta hukum syara'.Pihak Jutawanklik hanya menerima pendapatan dari hasil pengiklanan yang sah,bersih,halal dan berkat.

Klik link saya ini dan lihat sendiri testimoni para ahli yang berjaya menjana kewangan melalui Jutawanklik >> http://jutawanklik.com/#ayie89

Yang Ikhlas,

MOHD NAZRI BIN MANAH 890518-11-5169

nazri.manah@gmail.com

http://jutawanklik.com/#ayie89

Wednesday, November 24, 2010

5 Cara Buat Duit Dengan Blog

Blog sudah menjadi popular hari ini dan barangkali ramai pengguna internet sudah mempunyai blog untuk tujuan tersendiri. Sesetengah daripadanya buat blog sekadar suka-suka , then ada juga yang serius bisnes malah mahu cari duit poket lebih. Ramai newbie bertanya adakah betul boleh buat duit dgn blog ? Actually dunia bisnes sudah berubah sejak kewujudan internet. Bagi saya bisnes kini bukan lagi dilakukan secara konvensional di realiti sahaja malah boleh buat secara online dan lebih 'bebas' ataupun lebih memudahkan jika kena caranya. Mungkin di sini saya boleh share beberapa idea buat duit dengan blog yang selama ini telah ramai orang buat dan berjaya :

  1. Jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai product, services atau lain-lain opportunities mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.

  2. Cara lain yang juga dapat mendatangkan duit yg banyak melalui blog ialah dengan Google Adsense . Ramai di antara rakan-rakan saya di Malaysia mahupun seluruh dunia telah berjaya generate income dengan Adsense ini. Paling mudah untuk dapatkan akaun Google Adsense ini ialah create blog di www.blogger.com dan mempunyai niche yang tersendiri dalam bahasa Inggeris. Dengan setiap klik daripada pengunjung blog anda di banner adsense akan memberi pulangan yang menguntungkan. Yang pastinya anda kene jujur buat adsense ini, jgn terlalu 'pandai' buat click fraud kerana google lebih bijak tentang sistemnya berbanding anda.

  3. Buat affiliate program bagi menjana income tambahan. Ia cukup mudah kerana affiliate program anda cuma mempromosikan link produk/servis vendor yang telah mereka sediakan. Tentang soal proses pembelian, penghantaran dan lain-lain isu tidak perlu risau kerana ia adalah kerja vendor/penyedia affiliate program. Kita cuma pastikan link affiliate itu dipromosi sehabis baik untuk mendapatkan komisyen yang ditawarkan. Contoh program affiliate yang menarik seperti Klikjer.Com , MasKahwin.Com , IdeaBisnesLuarBiasa dan banyak lagi.

  4. Jual iklan banner atau text link di blog anda. Sekiranya web anda mempunyai hits atau traffic tinggi bolehlah ambil peluang untuk menjual ruang iklan di tepi atau memana bahagian blog anda. Mungkin jual link atau iklan untuk disewa selama seminggu, bulanan mahupun tahunan. Bergantung kepada kapasiti traffik anda, lagi banyak hits lagi tinggilah harga banner iklan anda. Contoh paling mudah ialah sepertimana iklan di web utusan.com.my atau bharian.com.my yang sememangnya harga dia cukup tinggi berdasarkan hits traffik yang banyak setiap hari.

  5. Jual produk sendiri.. cara ini mungkin boleh direalisasikan sekiranya anda ada produk atau servis sendiri. Misalnya anda jual buku novel second hand dengan membuat beberapa sinopsis dan review novel yang anda telah baca serta menjualnya dengan separuh harga daripada harga asal ataupun mengikut pertimbangan yang lebih sesuai. Apa jua produk mahupun servis boleh dijual melalui blog mengikut kategori tertentu. Ia terpulang kepada daya kreativiti anda.